cukupkah lebat hujan ini...
yang turunnya sedari tadi..
basuhi daki hitam di hati??
cukupkah terik si mentari..
yang bahangnya sedari tadi..
cairkan salju maksiat yang bekukan nurani??
cukupkah luas rongga nafas ini..
yang tersumbat hingus sedari demam ini..
menghirup segar rahmat dari Ilahi??
Santun Tuhan pada hambaNya tidak berperi..
cintaNya pada kita hamba tidak bersegi..
lalu..
kembalilah debukan wajah..
letakkan dahi lama di tikar sejadah..
biar letup-letup lutut..
berulang-ulang naik turun..
tidak jemu dalam ibadah..
berdoalah sebanyak-banyak untuk taulan dan ukhwah..
berdakwahlah seluas mana larat mendepang..
maksiat, kau cegahlah..
walau sekadar picingan halus di kalbu..
berserulah ke Allah..
sementara nyawa tetap pekat menyemat di jasad..
sementara kubur belum siap di gali..
untuk dia, kamu dan aku..
Isnin, 2009 November 23
Sabtu, 2009 November 21
lihat itu pelangi..
hidup dalam redup..
bayu iman menyelak awan resah..
tersirna suria aman yg tenang..
lihat itu pelangi..
mendamaikan latar hari yg kalut,ribut..
alam bagai terlukis cantik..
lorek indahnya mudah,
`kun fayakun` hak kuasaNya..
bayu iman menyelak awan resah..
tersirna suria aman yg tenang..
lihat itu pelangi..
mendamaikan latar hari yg kalut,ribut..
alam bagai terlukis cantik..
lorek indahnya mudah,
`kun fayakun` hak kuasaNya..
Sabtu, 2009 November 14
tukang sepatu
ketuk!!ketuk!!ketuk!!
dihirup sedap teh o limau ais..
mengharap ia datanglah secebis..
rezeki secupak menampung dapur dan gas..
ketuk!!ketuk!!ketuk!!
sepatu buruk ditangani sibuk..
melayan bersembang pelanggan yang duduk..
sabar menanti sepatunya elok..
ketuk!!ketuk!!ketuk!!
dilap laju sepatu nan satu..
dihembus dikilat semahu-mahu..
upahnya sedikit disimpan di saku..
tukang sepatu begitulah hidupnya..
melingkari sudut jalanan dan laluan..
biar dapatnya tidaklah amat mengenyangkan..
asal ke perut anak-anak..
biarlah yang halal jadi santapan..
si anak meneman tahu sengsara..
dikesat peluh tukang sepatu, ayahnya..
hapak badanmu ayah, haruman syurga di sana..
getir perihmu ayah, kujanjikan kau bahagia..
tukang sepatu tersenyum lega..
anak ini tahu aku sengsara..
biar besarmu makan duit sepatu pelbagai rupa..
kau kumahu biar dewasa berjaya..
ketuk!!ketuk!!ketuk!!
dikilat, diketuk, digam, dielok..

Isnin, 2009 November 09
sejuk
dingin hujan ini memeluk aku..
dakap kuatnya buat aku menggigil..
selimutkan hatiku Tuhan, dengan kehangatan kasihMU..
biar tegap kuberlari menghala jihad yang memanggil..
dakap kuatnya buat aku menggigil..
selimutkan hatiku Tuhan, dengan kehangatan kasihMU..
biar tegap kuberlari menghala jihad yang memanggil..
1 campur 1
ini matematik mudah..
1 campur 1 berapa ya adik-adik?
kami tak tau abang..
kenapa tak tau?
kami tak ambil tau, abang..
knp tak ambil tau?
itu bukan urusanmu abang..
habis, ini siapa punya angkara?
sila tanya kepala negara,abg..
satu itu apa, abang?
jarimu lima, genggam lalu hulur telunjuk..
oohhh..
kenapa oh?
di sekolahan, bukan ini sukatan, abang..
makanya, apa yang cikgu ajar?
tiada cikgu abang..
apa??
'sir' ajar, 'one plus one equal to two',abang..
alangkah..manakah jati dri bangsaku..
bahasa sendiri, alahai.

Ahad, 2009 November 08
BUSKER'S BALLAD...bhgn 2
Lokasi: kawasan ulat-ulat bas di Pudu
Masa : 3.45 pm
Lagu : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Audien : Ustaz JAIS
Aku: ada yang tertinggal, setelah terbenam mentari..
Ustaz JAIS: Assalamualaikum
Aku: Ada yang..waalaikumussalam (sape plak lebai nih??)
Ustaz JAIS: Ni ada tauliah ke nak melalak tengah-tengah pekan nih??
Aku: (Amboih org tua ni, bagi salam dh cantik. bahasa cam ke hape!!)
Errr..saya ni cari makan je encik, nyanyi-nyanyi sini..ada yang nk hulur,
alhamdulillah..kalu takde, tak apalah..
Ustaz JAIS: kamu jangan nak beralasan bukan-bukan. kamu tau tak, kaum ni boleh kena
dakwa tau??!!
Aku: Dakwa apa plak nih?? saya bukannya pegi tikam org ngn pisau mintak duit!
Ustaz JAIS: kamu telah sewenang-wenangnya mengkhayalkan khalayak dengan muzik fasik
kamu!!
Aku: Ustaz, jangan cepat sangat menuduh tak tentu hala. ye, memang saya takde tauliah
tapi saya bukannya mintak sedekah!! ini yang terdaya saya buat.
Ustaz JAIS: Kamu jangan nak berdalih bagai. keje banyak, kamu tu yang tak reti nak
cari. kerajaan dah bermurah hati, bg peluang kat semua cari rezeki.
Aku : Murah tak murah hati, itu tanggungjawab depa bg makan kt kita!! awat yang pak
cik ni tak pasai-pasai nak wat pasai ngan saya nih??? (marah, tapi ditahan)
Ustaz JAIS: Kamu jaga bahasa kamu tu!!kamu tau, aku ni al-Azhar 7 tahun!! aku yang
keluarkan tauliah kot sape2 nak mengajar agama! mufti pon kena melutut
ngan aku dulu!!
Aku: Dah tu, apa kena mengena ngan saya?? saya main gitar je kat sini. Satu lagi,
iman kita ni ikot kelulusan ke?? saya SPM je, terukla saya kalu kelulusan tu
tak melayakkan saya nak masuk syurga nanti, kalu ALLAH pilih hak yg al-Azhar je
Ustaz JAIS: kamu mulut tu..
Aku: ni ha, pak cik ni pegawai agama mana?nmpak kad gantung tulis JAIS. sini KL. ada
tauliah ke nak maki hamun org kat sini??
Ustaz JAIS: (terdiam, lalu beredar dari situ...)
Aku : .....................(blur sekejap)
apa hal tadi ntah?? lantakla..
Berjalan di tanah gersang...(kembali menyanyi)

Sabtu, 2009 November 07
lihat itu bayi
Lihat itu bayi..
asyik ia memaut kerusi kayu..
digagah mahu berdiri sendiri..
jatuh..
Lihat itu bayi..
menangis sakit lebam di muka..
terhantuk di dinding keras bata..
tapi itu tidak lama..
tak dapat berdiri, mencuba dia meniarap..
merangkak riang ke ibu..
harap disusui dan didakap..
hilang sakit hilang lebam..
namun untuk mengalah mahu berdiri..
niat satu itu, jauh langsung dari hilang terpadam..
si bayi ke kerusi kayu..
susu ibu, dakapan ibu cukup memarakkan lagi..
bara keinginan berdiri yang sedari tadi..
gagal sekali itu, bukan untuk kali ini..
lihat itu bayi..
asyik ia memaut kerusi kayu..
sakit tadi mengajar diri..
mahu berdiri, bukan semudahnya sejak azali..
Alhamdulillah, si bayi tahu berdiri sendiri..
senyum memekat si ibu tambah galak..
si bayi tegar memasang niat..
kini, aku mahu berlari!!

Langgan:
Catatan (Atom)